Posted by Konferens Riang Posted on 9:34 AM |

last day dah??

Rise and shine! kami mulakan hari ini seperti biasa, dan hari ini adalah hari terakhir untuk kami semua berkumpul bersama, makan bersama, qiamulail bersama... like a one big family. its hard to say goodbye actually. humph!



wait2, perjalanan cerita untuk harini adalah..
kami mulakan hari ini seperti biasa, seperti hari2 kami yang lain berqiamullail bersama, diikuti solat subuh , bacaan mathurat bersama dan tangkas. pagi ni TANGKAS kami telah ditugaskan kepada our big sister,ukhti syafiah,tajuknya ;takdir di hujung usaha manusia.ala..cam tajuk buku Hilal Asyraf tu..

*akhawat sedang tekun mendengar*
 then, we prepare ourselrf for the next slot.

the next slot is : Pemuda Ultraman. yang disampaikan oleh kak nik .hmm, what is your first thought when your heard the title? weird right? apa kaitan pemuda dengan ultraman? :) sebenarnya kita perlu jadi macam ultraman yang tidak mengharapkan pujian dalam melakukan kebaikan. banyak lagi ibrah yang kita dapat sebenarnya melalui slot ini.Jika Ultraman 'diutuskan' bagi menjaga keamanan bumi, camtu gak macam kita,para pemuda pemudi islam,dicipta bagi menjadi khalifah untuk menegakkan syiar ALLAH!

seterusnya kami dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi membincangkan satu tajyk penting, 'bekalan para pemuda dalam memimpin masa hadapan'. Satu tajuk yang dapat saya simpulkan sebagai perkara yang amat patut kami bincangkan bersama.ternyata,setiap kumpulan mempunyai hujah2 yang meyakinkan bagi setiap bekalan yang dinyatakan.Antara yang bertuah berkongsi adalah akh Fauzi,akh Azad,ukhti Syamila dan ukhti Nabilah.

*akak penceramah;kak tasnim*

*mila:para pemuda kena berpakaian kemas,tak boleh pakai seluar pendek*
begitulah slot kami pada pagi itu..habis sahaja slot,kami apa lagi,bergambar sakanlah...^_^ikhwah bergambar dengan suami kak tasnim yang hadir bersamanya, manakala akhawat bergambar bersama kak Tasnim.

*ikhwah osem*

*akhawat osem*
Dan akhirnya..tibalah saat perpisahan kami..masa yang walau tidak dinanti,pasti kan tiba juga.oh well,setiap perjumpaan pasti ada perpisahan bukan?but, before that big boss kami,siapa lagi kalau bukan Zahin,kata ada resolution dulu.maksudnya cam bukan post mortem la,macam persidangan meja bulat la lebih kurang..sebab semua kena cakap.oh nama slot ni 'Experience,Ideas,Comment'
*big bos sedang bercakap*

*akh Bakry sedang cerita camne bleh jumpa P4P*

then lastly,sebelum membaca doa,buat kali terakhirnya kami bersollu bersama.Insyaallah jika tiada aral melintang,kita jumpa lagi di Proud4Paradise II.Wallahua'lam.

penulis bersama,
Nawalul huda hamdan & Syafiah Masturah Norhisham
Posted by Konferens Riang Posted on 4:33 PM |

day 3, hari LOKAN :)

alhamdulillah, harini dilalui dengan amat sempoi but superb. pejam celik pejam celik dah 3 hari dah kami semua berada di sini. how fast time flies. bila difikirkan balik yang esok dah nak balik, rasa macam sedih semacam jek, :'( huhu...sob sob..

haloh, taknak  la sedih2,. sebab kita ada cerita yang BEST sangat untuk harini. jom kita cekidaut lagi ape cer untuk harini...

first of all, we started our day with the qiamullail, recite al-mathurat, and TANGKAS. after that, we have our breakfast together. berjemaah dan makan dalam satu talam. kemudian, ISOMA dan bersiap2 untuk aktiviti seterusnya yang lebih mencabar.  And our adventures had just begun......

hari ini kami akn terusan akiviti jambori kami dengan mengutip LOKAN. phew~ setelah menaiki bot selama 25 minit, kami tiba di destinasi iaitu kawasan  yang berpaya yang dikelilingi dengan pokok nipah. my first expression is "is this for SERIOUS? Zahin nak kita semua masuk dalam nih?" tapi, sangkaan saya sebenarnya meleset, bila dah jejak kaki and masuk ke dalam 'pokok nipah', is it not that bad actually,  BEST lagi adelaaaa. moral? do not judge a book by its cover :)
hurm, buat apa kat tempat camtu? kitorang kena cari lokan dalam selut2 untuk bbq malam ni^^ cari sedalam dan sebanyak yang mungkin! habis baju2 yang sebelum ini diseterika kemas, semat. Semua jadi kotor dek lumpurr yang banyak. hehe. it was fun. and it was a new experiences for me and my friends too :}

*senyum2*


*pakai life jacket elok2, nanti  kalau jatuh susah :D*




*pokok nipah yang akan kami redah*



*geng2 ikhwah semua dah tak sabar*


*cari cari cari*
*duhh tersekat la pulaaak*
selepas habis pencarian lokan, semua muka menunjukkan kepuasan dan keseronokkan yang amat. masing2 dapat cari sekurang2nya 1 beg plastik yang full. then, kami pergi bersihkan selut kat pulau berdekatan.







*solat di mana sahaja,boleh menang pertandingan majalah Jom! ni*


kemudian, setelah habis membersihkan diri,  kami menikmati air kelapa yang segar,
terbaik dari ladang! 

Seterusnya,setelah penat menggunakan tenaga,waktu kami diserikan pula dengan explorace yang superb! semua game memaksa kami menggunakan nikmat akal dan pemikiran yang dikurniakan ALLAH.Explorace yang osem ini dibahagikan kepada 5 checkpoint.Sudahlah klu yang diberi untuk mencari tempat checkpoint amat memeningkan,ditambah pula dengan game yang mencabar minda..heih,siapalah yang menciptanya..salah satunya,game memasukkan semua kaki ahli kumpulan dalam sekeping kertas,sekeping kertas??! biar betul..,then,balut telur guna straw then baling biar tak pecah,seriously?!


*eh? nape kertas tu jadi bentuk lain?*


*cuba teka mana stu ikhwah,mana satu akhawat punya??*

*akhawat*

*salah satu cabaran,jalan ke belakang ke tempat checkpoint akh haris*

*hah!balut telur tu baik2,biar baling nnt tak pecah*


*satu-satunya team yang berjaya dalam cabaran kertas*
So,that's how we spend our evening together,like a one big family ^-^


Pada waktu malam pula,  dan masa yang paling ditunggu semua peserta. its BBQ time! semua macam tak sabar nak rasa how does the lokan taste like. alhamdulillah, the taste was good, no doubt :)
the next slot is : sharing is transferingdalam slot ni, we have to give a talk or our apinion about the topic given. akhawat dan ikhwah telah diberi tajuk lain2. banyak input yang kami dapat daripada slot ini. ^^ alhamdulillah.



*lelaki pemalas,betulkah???*

*si cilik Nurfail menceritakan impiannya antara menjadi doktor  atau pemain bola sepak*

*aku dan anak-anak yatim*

*akh haris;kaya jiwa atau harta,dimanakah kita..*



lastly, before we go to bed, we recite almulk together,^_^

yang e-class,
nawalul huda hamdan

Posted by Konferens Riang Posted on 12:09 PM |

day 2 . 22 march 2013. ^^

Alhamdulillah, all praise to Allah, we still had another day here. Hari ni kami semua telah mencipta pengalaman yang sangat suwit. Huu. nak tahu amende? Let's cekidaaut...

ok, kami bangun seawal 5 pagi untuk qiamullail berjemaah. *unit kerohanian take place* seronok bila hati2 sesama muslim berkumpul bangun semata2 untuk sujud padaNya sedangkan ramai yang masih diulit mimpi.. eheh :) kemudian, kami menunaikan solat subuh dan seterusnya sesi tangkas diikuti dengan al-mathurat. Usai semuanya, we have to do some exercises, nak bagi cergas la katakan.  macam2 gaya baru diperkenalkan. Terbaik dari ladang~

*jogging time*
''penat betul lari tadi, penat2 pon, BEST!'' -milla

enden kami ISOMA (istirehat, solat, makan). kemudiaaaann,..........

kami ada mission yang perlu diselesaikan, iaitu, kami akan 'turun padang' pada petang ini di rumah anak2 yatim dan buat sesuatu untuk gembirakan hati mereka sekaligus menyelami hati mereka..it was an awesome experiences though.



*preparations games untuk adik2 kita disanaa*

around 10.30 a.m, we arrived to asrama Pekayatim. we were amazed by the surrounding, rasa macam selamat je dok dalam kawasan sekolah tu. Kena angin tempias orang hafal quran kot.^^ mereka yang bersekolah di sini adalah anak2 yatim, tapi mereka cergas, cerdas, bijak, macam tak ada apa2. Then we start our taaruf session, dan kebanyakan mereka bercita2 untuk menjadi ustaz, untuk membantu ummah!  May Allah ease their way!

kemudian, kami start aktiviti2 kami bersama mereka, ;



*first game, 'CopyCat'
'''lukis balik apa yang adik2 ingat'' *

*tadaa.. ni laa hasil lukisan kami :) erk, macam banyak MERAH jer ?*
*game SHOPPING by Deena*

it was fun. superb seronok! budak2 tu sangat sporting. *sporting ustaz-to-be* insha Allah :) bila dah lama duduk, berbual2, bergurau bersama mereka, hati mula rasa sayang. sayang fillah.

The next activity is..btw, ikhwah dan akhawat punya aktiviti lain2.. ikhwah buat sangkar arnab, akhawat ajar buat kek batik. huhu^^ ahamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar :}





*kek batik yang dah siap*

lepas solat asar, kami semua siap2 untuk balik ke kem. sedih je rasa untuk tinggalkan  adik2 kat sini. pelajar2  semua mintak kami untuk buat program camni lagi nanti. "insyaallah dik, doakan laa kami semua ni boleh datang lagi :)" senyum.

*bersama pelajar2 Asrama Pekayatim #memories*
                                      

                                                                 
                                                                * sama-sama dik <3*





pada waktu malam pula, slot bersama ustaz Mazuki Omar yang mengupas ttg "Ghazwatu Fikri" iaitu peperangan minda. banyak input yang kami semua dapat, kami juga mendapat dorongan dan galakan untuk berjihad dan mempertahankan maruah Islam serta menguatkan diri dalam berjuang di jalan Allah ini.




A wise person is someone who learn from his own mistakes,
A wiser person is someone who learn from other people's mistakes :)


smile.



assalamualaikum semua. ^^




yang bertugas,
nawalul huda hamdan.
Posted by Konferens Riang Posted on 9:08 AM |

Malam pertamaku.... Malam pertama??!

Seperti yang termaktub dalam tentatif program, alhamdulillah, segala pujian kepada-Nya Yang Maha Esa, program berjalan dengan lancar. Bermula dengan pergerakan para peserta daripada kaum hawa dan seterusnya diikuti pula dengan kaum adam yang datang berjemaah dengan van terus dari stesen bas Kota Bharu ke Masjid Ismail Petra, Kubang Kerian. Sebelum tu rembat majalah jom! selepas daftar dengan ukhti nabilah yang bertugas sebagai penyambut tetamu.

Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut setibanya di kem, "Wow! Comelnyer kem ni!!". Tidak lupa juga ada suara yang tak seberapa nak sumbang kedengaran, "Comelnye kem ni! Kucing-kucing pon besar-besar n comel! Geramnye!!". First thing yang dibuat ialah memunggah baggage yang besar-besar lagi berat bagai nak g umrah tak balik-balik ke dalam bilik. Bila dibuka sahaja pintu bilik, "Pergh! What de...". Ya Allah, mewahnya bilik!"

.....


Posted by Konferens Riang Posted on 3:27 AM |

Barang keperluan P4P!



Klik di sini!

Jangan lupa juga untuk bawa jiwa yang berkobar, hati yang ikhlas dan niat yang tulus murni.
Sungguh, tidak sabar rasanya untuk bersama sahabat! Yosh!