Seperti yang termaktub dalam tentatif program, alhamdulillah, segala pujian kepada-Nya Yang Maha Esa, program berjalan dengan lancar. Bermula dengan pergerakan para peserta daripada kaum hawa dan seterusnya diikuti pula dengan kaum adam yang datang berjemaah dengan van terus dari stesen bas Kota Bharu ke Masjid Ismail Petra, Kubang Kerian. Sebelum tu rembat majalah jom! selepas daftar dengan ukhti nabilah yang bertugas sebagai penyambut tetamu.
Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut setibanya di kem, "Wow! Comelnyer kem ni!!". Tidak lupa juga ada suara yang tak seberapa nak sumbang kedengaran, "Comelnye kem ni! Kucing-kucing pon besar-besar n comel! Geramnye!!". First thing yang dibuat ialah memunggah baggage yang besar-besar lagi berat bagai nak g umrah tak balik-balik ke dalam bilik. Bila dibuka sahaja pintu bilik, "Pergh! What de...". Ya Allah, mewahnya bilik!"
.....
Tak lama kemudian, suara nyaring kedengaran menandakan sudah masuk waktu isya'. Lantas setiap antara kami menyarungkan jersi solat bersarungkan kopiah di atas kepala. Setelah selesai menunaikan kewajipan, taklimat ringkas mengenai hari esok-takkan-mati dimulakan. Sambil-sambil tu sesi taaruf juga diselitkan tanpa segan silu oleh akhi Ahmad Zahin. Dalam pada itu, pelantikan juga dibuat secara demokratik la sangat! mengenai beberapa bidang tugas seperti media, rohani dan mc. Sebelum bersurai, al-mulk dibaca diimami akhi Izzat dengan penuh sayu....
Baru hari pertama.. Hari kedua cammane?? Tunggu episodnya pada esok hari di hari dan jam yang sama, jom saksikannya!!